Khamis, 19 Julai 2012

APA KATA ANDA?

    

 Bawa telefon , iPad ke sekolah

PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.




Sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_03.htm dan 
http://kumbangjingga.blogspot.com

  P/s:Apa kata anda terutama sekali guru-guru yang akan mengajar nanti?Apakah lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk jika pelajar dibenarkan membawa telefon atau ipad ke sekolah?sama-sama kita fikirkan...hurmmm......almaklumlah..... teknologi sekarang...

CERAMAH MOTIVASI KE IBUBAPAAN UNTUK MURID TAHUN 5

            Pada hari ini telah berlangsungnya Ceramah Motivasi Ke ibubapaan untuk murid Tahun 5.Ceramah bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.Ceramah telah disampaikan oleh Kapten (B) Othman Bin Hussin (Pengarah Urusan Smart Street Vision).


Juruacara majlis Pn. Suriana Binti Kasim





   Bacaan doa  oleh Ustaz Zakaria Bin Daud 




                Sedikit kata-kata aluan daripada Pn Marfuah Binti Mohammad (GPK1) yang mewakili Guru Besar Pn Noorayu Binti Jayus yang telah bertukar ke Sk Nong Chik



             Penceramah jemputan Kapten (B) Othman Bin Hussin (Pengarah urusan Smart Street Vision)




Ibubapa yang hadir







Sedikit cenderahati daripada pihak sekolah



Rabu, 18 Julai 2012

TERIMA KASIH CIKGU!

                Maklumat terkini dan mengejutkan yang baru saya dan warga SK Morni Pok  terima tengahari tadi iaitu Guru Besar yang amat kami kasihi dan hormati Pn.Noorayu Binti Jayus akan bertukar ke SK Nong Chik.Secara peribadi saya berasa agak terkejut dan sedih diatas makluman tersebut yang telah disampaikan sendiri oleh beliau.Ini kerana jasa beliau  untuk menaikan nama sekolah ini sangat besar.Terlalu banyak jasa beliau di sini.Walaubagaimanapun kami ucapkan  tahniah dan kami doakan semoga beliau lebih cemerlang di sekolah baru nanti.Dikesempatan ini,saya mewakili warga SK Morni Pok memohon maaf salah silap kami kepada Puan dan dihalalkan makan minum kami.Terima kasih di atas jasa beliau kepada kami khasnya warga SK Morni Pok.

Pn Noorayu Binti Jayus            1/10/2010  hingga    16/7/2012



Disini saya kongsikan semasa penguman dan hari terakhir beliau di sekolah ini..





TERIMA KASIH CIKGU!


Tempat beliau telah di gantikan oleh En Mohd Tap Bin Abu.Patah tumbuh hilang berganti.

SELAMAT DATANG CIKGU.

 
 

HANYA MAHU BERKONGSI

                As'kum dan salam 1Malaysia kepada pembaca blog SK Morni Pok.Diharap anda sentiasa sihat adanya.Untuk entri kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada pembaca semua.Alkisahnya semalam tak berapa nak sihat.Jadi pergilah ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Semasa menunggu giliran tu,terpandanglah benda ni...



                  Bukan apa,saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya kepada pembaca.Mungkin diantara pembaca ada yang mempunyai suami,anak,adik atau sesiapapun yg anda kenal.Penyakit ini hanya menyerang lelaki.Seringkali kita hanya mendengar kanser dikalangan wanita sahaja,tetapi sebenarnya ada kanser yang tidak dijangka menyerang golongan lelaki.Antaranya ialah kanser buah zakar.Cuma peratusanya agak kecil dan mungkin kita pun jarang mendengarnya.Walaupun tidak nampak terlalu merbahaya dan jarang diperkatakan,langkah pencegahan hendaklah diambil.Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati.Tak gitu...

                  Alkisahnya bermula sekitar seminggu sebelum menjelangnya hari raya pada tahun 2010,saya telah menjalani pembedahan untuk membuang sebelah buah zakar saya yang telah membesar secara tiba-tiba(dalam jangkamasa setahun selepas mendapat zuriat pertama) yang saya sendiri pun tidak pasti puncanya.Walaupun buah zakar itu membesar tetapi sedikit pun saya tidak merasa sakit.Itulah yang membuatkan saya berasa semakin bimbang.Saya telah pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pemeriksaan.Hasilnya doktor maklumkan terdapat ketumbuhan di buah zakar.Doktor menyarankan kepada saya untuk menjalani pembedahan dan saya bersetuju melakukan pembedahan tersebut.Itupun setelah doktor yakinkan saya bahawa pembedahan itu nanti tidak mendatangkan mudarat kepada saya.Risau tu...nak pakai lama wei..hehe..

                  Selepas sebulan melakukan pembedahan,saya merasakan berlaku perubahan pada diri saya.Perubahan yang saya maksudkan disini ialah saya kerap demam.Sebulan kemudian semasa temujanji dengan doktor semula selepas pembedahan,doktor telah memaklumkan bahawa saya sebenarnya menghidap kanser buah zakar dan telah merebak ke kelenjar limfa.Fuhhhhh....Rasa waktu itu tak tahu nk digambarkan bagaimana,cuma dalam fikiran saya ingat mati sahaja.Doktor telah menghantar kes saya ini untuk rawatan suterusnya di Hospital Sultan Ismail.

                 Di HSI saya telah diperiksa oleh doktor pakar Onkologi(kanser).Hasil pemeriksaan doktor maklumkan bahawa kanser saya ini baru tahap 2 dan saya masih berpeluang untuk sembuh dengan syarat,saya mesti dirawat dengan kaedah yang disarankan.Jika tidak,kanser itu akan merebak ke bahagian yang lain seperti paru-paru,hati dan sebagainya.Terdapat 2 kaedah rawatan untuk kanser saya ini iaitu kemoterapi dan radioterapi.Untuk kanser yang saya hadapi ini rawatan yang sesuai ialah kemoterapi.Saya masih bernasib baik kerana saya telah mempunyai zuriat.Jika pesakit kanser itu belum mempunyai zuriat,doktor akan memberi nasihat kepada pesakit itu untuk menyimpan air mani itu di Bank air mani.Lebih kurang begitulah.Maaf kerana saya sendiri tidak berapa pasti nama khas tempat tersebut.Tetapi tempat itu memang ada  di dalam Malaysia di sekitar Kuala Lumpur.Air mani ini perlu disimpan kerana,apabila seseorang yang telah menjalani rawatan kemoterapi,peluang untuk mendapat zuriat selepas itu sangatlah rendah.Boleh tahan juga kemoterapi ini.Banyak persediaan yang perlu dilakukan.Selalu dengar je orang bercerita tentang kemoterapi ni tetapi tak sangka pula waktu itu saya pula yang kena.Bermacam-macam perasaan waktu itu.Takut,sedih,hidup,mati.Almaklumlah macam-macam dengar orang berkata kalau kena kemo ni botaklah,kurus,senang sakit dan macam-macam lagilah.Tetapi bila mengenagkan isteri yang sedang mengandungkan anak kedua kami,saya nekad.Saya mesti berjuang untuk hidup.Lebih-lebih lagi,anak kami yang akan lahir nanti.Saya mesti menatap wajah anak kedua saya.Saya mesti mengazankan dan mengqamadkan anak saya.Jadi saya bersetuju untuk kemo..

                 Apabila menjalani rawatan kemoterapi ini,barulah saya tahu tidaklah sakit sebenarnya.Cuma kesan selepas racun kimo itu dimasukan di dalam badan.Antara kesan-kesan yang saya alami ialah selera makan hilang,deria bau tiada,mudah demam,kena sentiasa pakai pelindung muka,rambut gugur,gusi mudah bengkak,gigi berdarah dan sebagainya.Semuanya serba tak kenalah.Tetapi menurut doktor semua ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

                 Alhamdulillah sekitar bulan Mac 2011,tamatlah jadual rawatan kimoterapi saya.Walaupun berada dalam keadaan agak lemah,tapi secara peribadi saya berasa sangat sihat kerana saya tidak lagi mengalami demam dan sakit badan seperti sebelumnya.Apabila saya bertanya dengan doktor tentang masalah kerap demam yang saya alami sebelum menjalani rawatan kimoterapi tersebut,doktor menjelaskan bahawa apabila seseorang itu menghidap kanser,jumlah sel darah putih akan meningkat naik mendadak melebihi sel darah merah.Apabila keadaan ini berlaku,ia akan menyebabkan sel darah putih itu tadi menyerang semula sistem pertahanan badan pesakit dan kerana itulah pesakit kanser akan cepat demam dan sebagainya.Patutlahhh...

                 Selepas 2 minggu tamat rawatan,isteri saya telah selamat melahirkan zuriat kedua kami.Syukur kepadamu ya allah.Allah  telah makbulkan doa saya..


                           Alhamdulillah kini saya semakin sihat dan telah memulakan kerja semula sekitar bulan Oktober 2011.Cuma masih dalam pemantauan doktor sahaja.Doakan kesejahteraan saya dan keluarga dimasa akan datang.

                          Kesimpulan yang boleh anda ambil daripada pengalaman saya ini terutama jika anda mempunyai pasangan (suami),anak lelaki,rajin-rajinlah pantau.(gunalah kaedah anda sendirilah ye)almaklumlah...hehehe...sebab penyakit ini nampak macam remeh,tapi jangan sesekali dipandang ringan.Almaklumlah bagi kaum lelaki ni kadang mereka segan (benda sensitif tu...) dan bagi anak-anak kita ini mereka akan senyap je.Sebab benda tak sakit.Tapi yang tak sakit tu lah yang biasanya merbahaya.Sekian terima kasih.

Hebahkan.

                

Selasa, 10 Julai 2012

UPDATE PROJEK PEMBINAAN SURAU

As'kum dan salam 1Malaysia.Alhamdulillah projek pembinaan surau di SK Morni Pok telah berjalan.Disini saya hanya ingin berkongsi serba sedikit maklumat sekitar tapak projek surau sebelum sehingga pembinaannya kini supaya boleh dijadikan sejarah perkembangan di sekolah ini.

Sebelum...









Kerja meratakan tanah









Kerja pembinaan dimulakan








Sekian terima kasih.