Selasa, 28 Ogos 2012

SUMBANGAN

                       
           Dalam kemeriahan dan kegembiraan kita menyambut syawal,ada insan yang berduka.Pada hari ini pihak sekolah SK Morni Pok telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada insan yang ditimpa musibah dan tidak bernasib baik.


        1-Sekitar Ramadan yang lalu, ibu kepada Mohd Izam B. Aziz (pelajar Tahun 5 Bestari)telah kembali kerahmatullah.Kini beliau telah menjadi yatim piatu.Oleh yang demikian pihak sekolah melalui Guru Besar (En.Mohd Tap B.Abu)telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada wakil  beliau.Mari kita sama-sama doakan semoga ibu beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.AL FATIHAH!











           2-Sekitar hari kedua syawal yang  lalu pula, keluarga seorang pelajar Ayu Ismahanihuda  Bt  Ismail (Tahun 5 Arif) telah ditimpa musibah di mana kediaman mereka di Taman Nusantara telah musnah dalam kebakaran.Pihak sekolah juga telah menyampaikan sedikit sumbangan yang telah disampaikan oleh Pn Marfuah yang mewakili pihak sekolah kepada wakil keluarga beliau.Di harapkan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga beliau.Sama-samalah kita doakan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.








HEBAHKAN!


Tiada ulasan: